Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 11, 2011

Submit Borang Kebenaran Berkahwin

Cerita ini berdasarkan pengalaman sendiri semata-mata. maybe org lain, lain pengalamannya.

Tersebutlah kisah pada hari tersebut, aku ditemani ibu dan adik-adik singgah di rumah jurunikah sebelum meneruskan perjalanan ke Pejabat Agama. Kebetulan aku menyewa homestay untuk rombongan pengantin lelaki daripada ustaz tersebut. Selesai dua urusan di situ, Kami sempat dijamu pelbagai kuih raya dan minuman yang menyegarkan. Almaklum masih dalam mood raya.

Setelah itu, aku singgah menurunkan adik- adik di Giant dan terus ke Pejabat Agama. Fikirku tidakla adik yang paling bongsu merengek dikala aku sedang menyelesaikan urusan kaunter. Aku tiba di depan kaunter tepat jam 3.30 petang bersama ibu.

Sejurus aku menyatakan hasrat kepada petugas kaunter untuk menyerahkan borang permohonan berkahwin, salah seorang daripada mereka berkata, " Kenapa lambat sangat dik. Kaunter dah tutup. Orang yang bertanggungjawab menerima borang tersebut dah balik." Aku cuba berdalih, "Tapi setahu saya kaunter tutup pukul 4 petang." Namun akhirnya aku beralah dan hanya meminta mereka memeriksa adakah dokumen yang aku bawa sudah lengkap. Supaya nanti apabila ayah menghantar borang tersebut di hari lain tiada masalah yang timbul.

Paling ralat apabila aku keluar, terpampang di pintu pejabat tersebut :-
WAKTU URUSAN : 7.30 pagi -4.00petang

Hmm... You figure it yourself what was in my mind that time. huhu...

Moral : Awal itu lebih selamat.